Alam sekitar adalah
anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan.
Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi
ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia.
Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai
pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada
kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di
lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang
selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia
juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti
pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga
dengan baik.
Oleh hal yang demikian, pemeliharaan
muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber makanan, sumber
kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan, Ia turut berperanan sebagai
sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih.
Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling
membantu dalam memelihara alam sekitar supaya kebersihan alam sekitar
dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.
No comments:
Post a Comment