Saturday, 24 December 2016

BERITA LAPORAN

Berikut merupakan antara berita yang melibatkan aktiviti kitar semula yang telah dilakukan di Malaysia pada peringkat sekolah rendah, menengah dan juga pihak institusi  pengajian tinggi juga.
Aktiviti seharusnya diadakan acap kali dan menggalakkan masyarakat untuk turut serta.




 
AKTIVITI KITAR SEMULA

Aktiviti kitar semula bahan selalunya dilakukan di sekolah, tidak kiralah sama ada pada peringkat sekolah menengah atau rendah. Amalan kitar semula haruslah dipupuk supaya sikap kreatif dan juga sikap menjaga alam sekitar supaya tidak rosak atau musnah dapat diterap dalam diri para pelajar.

Selain daripada dapat melahirkan individu kreatif dan menjaga alam sekitar, melalui aktiviti tersebut, para pelajar dapat bekerjasama dan membentuk sebuah perpaduan dalam kalangan mereka. Hal ini adalah sesuatu perkara yang baik untuk dijadikan sebagai program tahunan dalam sesi persekolahan, kerana dapat merapatkan hubungan serta ukhwah antara pelajar dengan pelajar atau pelajar dengan pendidik.

Dibawah menunjukkan gambar ketika aktiviti kitar semula dijalankan:

 Mencari bahan untuk digunakan bagi menghasilkan sesuatu produk berdasarkan kekreatifan mereka sendiri.

 Guru dan pelajar bersama-sama bergotong-royong dan aktiviti kitar semula.

 Para pelajar dalam proses menghasilkan produk yang mereka inginkn.

Guru datang membantu memberikan pertolongan. Inilah yang dikatakan merapatkan hubungan.
KITAR SEMULA

Kitar semula bermaksud penggunaan semula produk termasuklah mempelbagaikan penggunaan bahan dalam mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan atau tanpa perubahan. Dalam kebanyakan situasi, bekas-bekas terpakai boleh digunakan semula sebagai pengganti terhadap pembelian produk baru. Kebanyakkan bahan yang selalu digunakan ialah seperti botol air kosong, tin-tin kosong, tayar lama, surat khabar dan juga barang-barang yang lain.

Mereka menggunakan barang-barang terpakai tersebut kerana senang untuk diperoleh dan juga senang untuk membentuk menjadikannya sesuatu benda atau objek. Kadang-kadang barang yang kita tidak menggunakannya pun boleh dijadikan barang untuk kita melakukan kitar semula tanpa kita sedari. Melalui proses kitar semula kita dapat menerima manfaat daripadanya seperti dapat kita memelihara sumber alam semulajadi, mengurangkan penghasilan sisa berbahaya, dan juga menjimatkan kos. Dibawah menunjukkan bahan-bahan kitar semula yang biasa digunakan :


Bahan yang digunakan ialah kasut but yang tidak digunakan lagi. Mereka menggunakan idea yang kreatif dengan menjadikan kasut but itu seperti pasu bunga.

 Bekas yang comel diatas sangat menarik untuk dipandang, adakah anda tahu bahawa mereka membuatnya dengan menggunakan bahan utama iaitu botol plastik, botol kaca yang tidak digunakan. Sangat kreatif apabila dilihat.

 Diatas pula merujuk kepada sesuatu yang sangat mencuit hati kerana ianya mempunyai ciri seekor katak yang comel. Mereka menggunakan bahan yang utama iaitu tayar lama yang dicat dan dikreasikan menjadi sebuah objek atau produk sebagai hiasan laman rumah.

 Produk diatas pula dibuat dengan menggunakan besi halus dan juga surat kahabar lama yang tidak lagi digunakan. Hendak membuatnya bukanlah senang namun memerlukan daya kreatifan yang tinggi beserta kesabaran yang tinggi jua.

 Ini juga sangat sesuai dilakukan dan diletakkan di laman rumah kerana ianya sangat cantik dan menarik. Mereka menggunakan botol air yang kosong dan juga dawai besi dan mencantumkan bahan-bahan tersebut menjadikan sebuah tong sampah yang cantik.

Gambar diatas menunjukkan surat khabar lama yang digunakan dalam melakukan produk kitar semula. Hanya daripada kertas dapat menjadikan sebuah produk yang menarik dan comel.
 
ALAM SEKITAR 


Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

 Oleh hal yang demikian, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber makanan, sumber kesihatan untuk  menghasilkan ubat-ubatan, Ia turut berperanan sebagai sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya  kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.